Monday, January 24, 2011

UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam 

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata 
Umat Islam sentiasa boleh!
Umat Islam sentiasa boleh! 

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan Akhirat 

Wawasan dunia dan Akhirat 
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia 

Wawasan diri
Penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama 
Bekalan masa depan dan Akhirat 
Kuat usaha
Jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan ALLAH 

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan 
Ulama’ warisan anbiya’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam



RENUNGILAH... ISLAM ADALAH UMAT YANG KUAT..YANG SENTIASA HARUS LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. YANG TIDAK TAKUT AKAN ANCAMAN KAUM LAKNATULLAH.. JANGAN LEKA DENGAN DUNIAWI.. ALLAHHUAKBAR!!

Friday, January 7, 2011

5 Syarat Melakukan Maksiat

Cerita tauladan:


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”


  • Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”


  • “Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.


  • Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.


  • Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”


  • “Baiklah, apa syarat yang kelima?
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Allahu a’lam bisshawab.


 (وَكَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِآَيَاتِ رَبِّهِ وَلَعَذَابُ الْآَخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَى) [طه: 127].
Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
  


Azab pelaku maksiat orang terdahulu

CIRI-CIRI KEMENANGAN

Setiap hari kita mendengar bilal melaungkan Haiyaalafallah (Marilah menuju kemenangan) dalam laungan azan lima kali sehari. Apakah kemenangan yang dimaksudkan? Dalam Al Quran ada tiga istilah yang dimaksudkan dengan kemenangan iaitu "al falah","al fawzu" dan "al Nasr".
Kita perlu mengetahui ciri-ciri kemenangan agar dapat tergolong di dalam hamba-hamba Allah yang mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat.
Antara ciri atau sifat yang membawa kemenangan yang digambarkan dalam Al Quran ialah seperti berikut:


  • Orang-orang yang membersihkan jiwanya - Al A’la ayat 14.
  • Orang-orang yang mendapat petunjuk tuhan. - Al Baqarah ayat 5
  • Orang menyeru kepada yang baik dan menegah dari perkara yang mungkar - Al Imran ayat 104
  • Orang yang beriman dengan Rasulullah, yang memuliakannya, yang menolong dan membelanya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkannya - Al A'raf ayat 157
  • Orang yang berjihad dengan harta benda dan dirinya - At Taubah ayat 88
  • Orang yang beriman dan taat serta patuh. - An Nur ayat 51
  • Orang yang membelanjakan sebahagian rezekinya kepada kaum keluarga, orang miskin dan musafir yang perlukan bantuan. - Ar Rum ayat 38
  • Orang yang dipelihara dari kebakhilan. - At Taghaabun ayat 16
  • Orang mukmin yang khusyuk sembahyangnya, yang menjauhkan diri dari perkara yang sia-sia, yang membayar zakat, yang memelihara kemaluannya, yang memelihara amanah dan janji dan orang yang menjaga ibadah sembahyangnya. - Al Mukminun ayat 1-11.
  • Orang yang bertakwa. - Al Maidah ayat 100
  • Orang yang bertaubat. - An Nur ayat 31
  • Orang yang mengingati Allah. - Al A'Raf ayat 69
  • Orang yang sujud dan rukuk yang mengabdi kepada Allah dan membuat kebaikan. - Al Hajj ayat 77
  • Orang yang berat timbangan amalnya. - Al Mukminun ayat 102



Marilah kita menyemak diri kita sama ada ciri-ciri yang disenaraikan di atas telah ada dalam diri kita. Jika tidak ada, maka kita tidak tergolong dalam golongan yang akan mendapat kemenangan dalam hidup ini. Bertindaklah dari sekarang kerana penamat hidup kita mungkin akan tiba esok!!!